Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Beaufort

Alamat : Majlis Daerah Beaufort, Peti Surat 181, 89808 Beaufort, Sabah

Piagam Pelanggan

1. Komitmen kami adalah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah setiap masa.

2. Memproses untuk pelan pengubahsuaian bangunan/ premis atau pelan pembahagian tanah dalam tempoh tiga bulan
selepas permohonan diterima.

3. Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (OC) bangunan/ premis dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima.

4. Memastikan bil-bil tuntutan Cukai Pintu dikeluarkan dalam setiap 3 bulan.

5. Memproses untuk kelulusan permohonan Lesen Operasi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan diterima.

6. Mengambil tindakan ke atas setiap aduan pelanggan dalam masa 24 jam selepas aduan diterima.

7. Memastikan pembersihan dan pengangkutan sampah dilaksanakan pada setiap hari di kawasan kedai (perniagaan) dan
pengangkutan sampah di kawasan perumahan atau kediaman dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.